http://graduat.mohe.gov.my untuk tujuan Kajian Pengesanan Graduat 2012: Kajian Soal Selidik. (Sistem akan dibuka secara online bermula pada 11 Mac 2013 sehingga 15 April 2013) |
PERATURAN SEMASA MENGHADIRI KONVOKESYEN KE-17 POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH
Bayaran sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) dengan memasukkan ke dalam akaun Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad di nombor 1009-0000559-05-2 CIMB BANK (salinan cetakan slip Bank disertakan). Bayaran ini adalah termasuk sewa jubah Politeknik, gambar, folder sijil dan ALUMNI. Bayaran tidak akan dikembalikan.
Surat jawapan hendaklah sampai kepada Urusetia Pendaftaran Konvokesyen ke-17 Politeknik Kota Kinabalu Sabah sebelum atau 30hb Mac 2013. Graduan dianggap tidak dapat hadit sekiranya surat jawapan tidak diterima sebelum atau pada tarikh ini. Sekiranya graduan tidak sempat untuk mengembalikan surat jawapan, graduan boleh menghubungi terus pihak urusetia (Cik Suhana Binti Rubin) melalui talian 088-401816 untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan atau melalui faksmili 088-499960/499187. Walau bagaimanapun, salinan asal surat jawapan dan salinan cetakan slip bayaran hendaklah dihantar ke Politeknik Kota Kinabalu. (slip ASAL bayaran WAJIB dibawa semasa hari pendaftaran untuk penerimaan jubah konvokesyen).
Semua graduan lelaki hendaklah memakai baju lengan panjang yang tidak bercorak, bertali leher dan berseluar panjang berwarna biru tua atau hitam (gelap) dan berkasut hitam (pakaian rasmi pejabat). Kasut sukan tidak dibenarkan. Semua graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang (atau rambut berekor, berwarna dan berfesyen) TIDAK dibenarkan mendaftar untuk raptai dan seterusnya TIDAK dibenarkan menyertai upacara konvokesyen. (kecuali mereka yang mematuhi syarat rupadiri yang ditetapkan sebelum mendaftar raptai).
|